Firman Tuhan Menjadi Manusia

Hari Krismas makin hampir dan di seluruh dunia, ramai sedang sibuk bersedia untuk menyambut Hari Krismas – terutamanya membeli-belah. Tetapi sedih sekali kerana sedangkan ramai meraikan Hari Krismas, tidak ramai yang faham ataupun ingat apa itu yang diraikan pada Hari Krismas. Ramai yang sibuk membeli dan menerima hadiah, tetapi tidak rami yang ingat ataupun menerima hadiah yang dikurniakan oleh Tuhan pada Hari Krismas yang pertama itu – Yesus, Anak Tuhan yang dikurniakan kepada semua manusia; Yesus, Firman Tuhan yang telah menjadi manusia dan tinggal di antara kita (Yohanes 1:14). Yesus dijadikan manusia dan dikurniakan kepada manusia untuk menewaskan musuh-musuh yang telah menghambakan seluruh kaum manusia. Didalam kawalan musuh-musuh ini, tiada antara kita yang cukup kuat untuk melepaskan diri lagipun menewaskan mereka. Musuh-musuh yang amat kuat ini adalah dosa, syaitan dan kematian. Kekuatan musuh-musuh ini jelas sekali kalau kita mengenangkan Adam dan Hawa dalam Taman Eden. Dalam senario yang paling baik sekali, kedua-duanya ditewaskan dan sejak itu kaum manusia dikawal ketat oleh dosa, syaitan dan kematian. Tiada harapan langsung bagi kaum manusia dibawah musuh-musuh ini kecuali kita diselamatkan. Di dalam keaadaan yang perit ini… mahupun manusia jatuh ke dalam genggaman musuh-musuh ini kerana mereka tidak mengikut Firman Tuhan… sungguhpun kaum manusia telah mengingkari Firman Tuhan, Tuhan tidak sanggup membiarkan manusia berada di dalam cengkaman musuh-musuh yang dasyat ini malah Tuhan telah berjanji yang kaum manusia akan dibebaskan oleh-Nya bila Anak Tuhan dihantar dan dijadikan manusia untuk menewaskan musuh-musuh ini. Jadi Hari Krimas yang pertama itu, walaupun diraikan oleh orang zaman kini, juga telah dinantikan dengan penuh minat oleh Adam, Nor, Ibrahim, Isyak, Yakub, Musa, Daud, Sulaiman dan lain-lain. Mereka semua manantikan Tuhan memenuhi perjanjian itu yang satu-satunya boleh menyelamatkan kaum manusia dari cengkaman dosa, Syaitan dan kematian. Dilahirkan sebagai manusia, Yesus akan memusnahkan dan menghancurkan punca dosa – manusia dan hati manusia – dengan kematianNya atas salib. Tetepi semua ini dimusnahkan untuk dibinakan semula tanpa kesan dosa langsung – manusia baru yang tidak lagi akan berada dibawah kawalan dosa, kuasa syaitan ataupun ancaman kematian. Semua ini telah dicapai kerana tiga hari selepas Yesus (anak abadi Tuhan yang berkongsi kemanusian kita) disalibkan, Yesus bankit semula. Jika dosa dimusnahkan atas salib… dengan kebangkitan Yesus dari kematian, kematian sendiri telah ditewaskan. Inilah berita baik dari Tuhan, inilah misi Tuhan untuk menyelamat manusia yang dijanjikan kepada ibu-bapa manusia yang pertama, Adam dan Hawa. Perjanjian ini telah dipenuhi dan kita meraikan ini pada Hari Krismas. Hadiah yang dikurniakan oleh Tuhan, kemenangan untuk manusia yang dicapai oleh Yesus, masih ditawarkan dengan percuma kepada semua manusia. Terimalah hadiah yang paling istimewa ini dan meraikan Krismas dengan penuh kegembiraan untik kali pertama Hari Krismas ini! Selamat Hari Krismas.

Published in: on December 14, 2009 at 11:32 am  Leave a Comment  

Selamat Hari Raya Haji (Aidiladha)

The meaning of Eid al-Adha

Yesterday marked the beginning of Eid al-Adha, the Muslim festival commemorating Abraham’s willingness to sacrifice his son.  Muslims believe it was Ishmael who was nearly sacrificed.  But Genesis 22 is clear that Isaac, the child of promise, was the one to be sacrificed.   And he, the child of promise, was the one who Abraham received back from the dead.

The action took place on a mountain in the region of Moriah (Gen 22:2).  Mount Moriah was where the temple would later be built (2 Chron 3:1).  And so as they ascend this hill the father carries the tools of judgement – the fire and knife.  The son carries the wood.  He asks his father about the sacrifice.  “God Himself will provide the lamb” says Abraham.

On this occasion the Angel of the LORD intercepts the judgement. (v11ff)  He does so from heaven which is very odd for Him – usually He is more hands-on in His interactions.  But one day He would come in Person to this mountain.  And on that day He would intercept the judgement of the whole world.  He would be the Child of promise, the Seed of Abraham and the Lamb of sacrifice.  And on that day the Father would not spare His own Son but give Him up for us all.  (Rom 8:32).

In Genesis 22, a ram is provided as a substitute for Isaac (v13).  But of course, Abraham had prophesied that a lamb would be provided (v8).  And this prophecy was believed and proclaimed throughout the generations:

Abraham called that place “The LORD Will Provide”.  And to this day it is said, “On the mountain of the LORD it will be provided.”

The true substitutionary sacrifice, the true promised Son, the true Seed of Abraham would die as a Lamb on that mountain in the region of Jerusalem.

Islam celebrates father Abraham, Ishmael and the sacrifice that saved him.  But this is not the true Eid – the true sacrifice.  All of this points to the true Father who did not spare His Son.  To the true Child of Promise who was willing to lay down His life and to the true Sacrifice that was provided for all.

Published in: on November 28, 2009 at 3:49 pm  Leave a Comment  

Kebenaran Yang Membebaskan

Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, “Jika kamu tetap mengikuti ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengetahui kebenaran. Dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.”

Mereka itu menjawab, “Kami keturunan Abraham. Kami tidak pernah menjadi hamba. Bagaimana Engkau dapat berkata bahwa kami akan bebas?”

Kata Yesus kepada mereka, “Yakinlah, setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa. Hamba tidak selamanya tinggal dalam keluarga, tetapi anak tetap menjadi anggota keluarga. Jadi, apabila Anak membebaskan kamu, kamu pun benar-benar bebas.” – Yohanes 8:31-36

Apa itu kebebasan? Baru-baru ini, pihak media mengingati kita tentang pembunuhan secara besar-besaran di Tianamen, China, 20 tahun lalu. Sudah tentu pelajar-pelajar yang membantah masa itu inginkan darjah kebebasan yang lebih tinggi di negara mereka. Sudah tentu ramai di negara tercinta kita, Malaysia, inginkan darjah kebebasan yang lebih untuk meningkatkan taraf hidup kita. Sudah tentu ramai di dunia menginginkan darjah kebebasan yang kerap kali digalakkan oleh negara demokrasi seperti America! TETAPI betul ke bahawa darjah and jenis kebebasan yang dijual oleh America akan meningkatkan taraf kehidupan manusia? SUDAH TENTU TIDAK!

Menurut Yesus, kebebasan yang benar hanya diperolehi oleh mereka yang mengenali dan mengikut kata-kataNya. Walau apapun ‘kebebasan’ yang diperolehi oleh sesiapapun, tanpa Yesus bukanlah kebebasan benar. Sering kali, kita memahami ‘kebebasan’ sebagai ‘kebebasan untuk membuat atau hidup secara suka hati sendiri’. Tetapi, cuba fikirkan apa yang akan menjadi jika kita semua membuat dan hidup secara suka hati sendiri? Sudah tentu taraf hidup tidak akan menambah! Hidup akan menjadi lebih kucar kacir! Dan ini bukan hanya kerana kesalahan orang lain. Jika kita jujur, kita akan mengakui bahawa ‘kebebasan untuk hidup secara suka hati’ cuma akan menggalakan kita mementingkan diri sendiri. Inilah jenis ‘kebebasan’ yang kita inginkan dan ini menunjuk bahawa kita adalah manusia yang dikuasai dosa – kita semua adalah hamba-hamba dosa. Kalau diberi kebebasan untuk hidup secara suka hati, sudah tentu kita akan berdosa.

Tetapi, kebebasan yang benar adalah kebebasan untuk mementingkan orang lain dan buat apa yang baik sahaja. Kebebasan yang benar tidak termasuk kebebasan untuk berdosa. Kebebasan benar adalah kebebasan dari kuasa dosa! Kebebasan ini hanya boleh diperolehi dari Yesus.

Jadi kita harus menanya diri sendiri – apakah kebebasan yang diingini kita? Bagaimanakah anda akan hidup jika anda mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja mengikut suka hati kamu? Tidak anda mahukan kebebasan dari dosa yang diberi oleh Yesus?

Mungkin anda tahu bahawa anda adalah hamba dosa dan sudah letih dan bosan menjadi hamba dosa dan Syaitan. Jika begitu, berdoalah kepada Yesus. Dengarlah janjiNya: Apabila Anak membebaskan kamu, kamu pun benar-benar bebas. Tidak ada satupun sebab untuk kamu meneruskan hidupmu sebagai hamba dosa.

Published in: on June 5, 2009 at 3:35 pm  Leave a Comment  

Apa itu kebenaran?

YESUS KRISTUS BERKATA, “AKULAH KEBENARAN” (YOHANES 14:6)

Oleh itutanpa mengenali Yesus dan mendengar kata-kata-Nya,tiada sesiapapun (manusia, malaikat atau tuhan agama lain) yang menpunyai atau boleh memperolehi kebenaran berkaitan dengan Tuhan benar. Oleh kerana ini, tujuan blog ini adalah untuk menyebarluaskan Kebenaran yang tunggal – iaitu Yesus Kristus – supaya kita boleh mengenali Tuhan benar dan betu-betul memahami sebabnya Tuhan mewujudkan kita dan semua alam semesta. Paling penting sekali:

“Barangsiapa memiliki Anak (Yesus), ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup.” – 1 Yohanes 5:12

Published in: on June 4, 2009 at 5:25 pm  Comments (1)