Kebenaran Yang Membebaskan

Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, “Jika kamu tetap mengikuti ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengetahui kebenaran. Dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.”

Mereka itu menjawab, “Kami keturunan Abraham. Kami tidak pernah menjadi hamba. Bagaimana Engkau dapat berkata bahwa kami akan bebas?”

Kata Yesus kepada mereka, “Yakinlah, setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa. Hamba tidak selamanya tinggal dalam keluarga, tetapi anak tetap menjadi anggota keluarga. Jadi, apabila Anak membebaskan kamu, kamu pun benar-benar bebas.” – Yohanes 8:31-36

Apa itu kebebasan? Baru-baru ini, pihak media mengingati kita tentang pembunuhan secara besar-besaran di Tianamen, China, 20 tahun lalu. Sudah tentu pelajar-pelajar yang membantah masa itu inginkan darjah kebebasan yang lebih tinggi di negara mereka. Sudah tentu ramai di negara tercinta kita, Malaysia, inginkan darjah kebebasan yang lebih untuk meningkatkan taraf hidup kita. Sudah tentu ramai di dunia menginginkan darjah kebebasan yang kerap kali digalakkan oleh negara demokrasi seperti America! TETAPI betul ke bahawa darjah and jenis kebebasan yang dijual oleh America akan meningkatkan taraf kehidupan manusia? SUDAH TENTU TIDAK!

Menurut Yesus, kebebasan yang benar hanya diperolehi oleh mereka yang mengenali dan mengikut kata-kataNya. Walau apapun ‘kebebasan’ yang diperolehi oleh sesiapapun, tanpa Yesus bukanlah kebebasan benar. Sering kali, kita memahami ‘kebebasan’ sebagai ‘kebebasan untuk membuat atau hidup secara suka hati sendiri’. Tetapi, cuba fikirkan apa yang akan menjadi jika kita semua membuat dan hidup secara suka hati sendiri? Sudah tentu taraf hidup tidak akan menambah! Hidup akan menjadi lebih kucar kacir! Dan ini bukan hanya kerana kesalahan orang lain. Jika kita jujur, kita akan mengakui bahawa ‘kebebasan untuk hidup secara suka hati’ cuma akan menggalakan kita mementingkan diri sendiri. Inilah jenis ‘kebebasan’ yang kita inginkan dan ini menunjuk bahawa kita adalah manusia yang dikuasai dosa – kita semua adalah hamba-hamba dosa. Kalau diberi kebebasan untuk hidup secara suka hati, sudah tentu kita akan berdosa.

Tetapi, kebebasan yang benar adalah kebebasan untuk mementingkan orang lain dan buat apa yang baik sahaja. Kebebasan yang benar tidak termasuk kebebasan untuk berdosa. Kebebasan benar adalah kebebasan dari kuasa dosa! Kebebasan ini hanya boleh diperolehi dari Yesus.

Jadi kita harus menanya diri sendiri – apakah kebebasan yang diingini kita? Bagaimanakah anda akan hidup jika anda mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja mengikut suka hati kamu? Tidak anda mahukan kebebasan dari dosa yang diberi oleh Yesus?

Mungkin anda tahu bahawa anda adalah hamba dosa dan sudah letih dan bosan menjadi hamba dosa dan Syaitan. Jika begitu, berdoalah kepada Yesus. Dengarlah janjiNya: Apabila Anak membebaskan kamu, kamu pun benar-benar bebas. Tidak ada satupun sebab untuk kamu meneruskan hidupmu sebagai hamba dosa.

Published in: on June 5, 2009 at 3:35 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://inilahkebenaran.wordpress.com/2009/06/05/kebenaran-yang-membebaskan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment